CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 30 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

             DALAM keghairahan umat Islam membuat pelbagai persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal, mereka tidak seharusnya lalai dan leka sehinggakan melanggari etika berbelanja sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

              Ia kerana terlalu gembira barang kali umat Islam tidak menyedari bahawa mereka melanggari etika murni yang ditetapkan oleh Islam iaitu boros dalam perbelanjaan. Pemborosan ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebihan atau cara membazir. Pemborosan yang sering dilakukan ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri adalah dari aspek pakaian. Maksudnya membeli atau menempah pakaian yang berlebih-lebihan, sehinggakan disediakan sepasang baju untuk dipakai pada pagi raya, petang raya apabila semakin ramai kawan dan sanak saudara datang berkunjung. Sepasang lagi untuk keesokan harinya apabila tiba giliran mereka pula untuk mengunjungi kawan dan saudara mara. Seterusnya disediakan berpasang-pasang baju lagi untuk menghadiri rumah terbuka yang akan diadakan sepanjang Syawal. Meskipun ia adalah hak golongan berada, tetapi pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Bahkan ia telah melebihi had kecukupan atau keperluan seseorang. 


Walaubagaimanapun, disini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali diri saya ini. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN....

0 comments: